facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Friday, May 18, 2018

Buat Kerja Sampai Pukul 4-5 Pagi, Pukul 7 Pagi Dah Ada Di Pejabat. Tun M Berkorban Untuk Rakyat!

“Satu Malam Teliti Lebih 200 Dokumen Sampai 5 Pagi” – Siti Hasmah Risau Tun Mahathir Tak Cukup Tidur

PETALING JAYA: Hampir seminggu Tun Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh, isteri beliau, Tun Siti Hasmah mula risaukan kesihatan suaminya.
Dr Siti Hasmah memuat naik status di laman Facebook rasmi Kelab Che Det memberitahu kerisauan terhadap Dr Mahathir yang usianya mencecah 93 tahun.
“Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur.
“Waktu tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan.
“Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga pukul 4-5 pagi.
“Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat,” luah Dr Siti Hasmah.
Luahan wanita pertama negara ini turut mendapat sokongan netizen yang risaukan kerja keras perdana menteri era Malaysia baharu itu.
Salah seorang netizen Wai Yap berkata: “Saya pun dah cukup risau padal Tun…umat Islam berdoa lah ye Ramadan ini untuk Tun.
Manakala seorang lagi netizen Wong Chin Kuan menulis: “Bukan umat Islam pun 

No comments:

Post a Comment